Sabtu, 11 Jun 2011

Fadhilat Al Quran - Belajar Dan Mengajar.

Usman R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya."


Dalam banyak kitab hadith, hadith ini dinyatakan dengan perkataan (dan) diantara belajar dan mengajar sebagaimana diatas. Dengan itu ganjaran yang terbesar adalah bagi sesiapa yang belajar Quran yang mulia dan kemudian mengajar kepada orang lain. Tetapi setengah dari kitab-kitab, hadith hadith ini diriwayatkan dengan perkataan (atau). Dalam hal ini maknanya adalah "Yang terbaik diantara kamu ialah yang belajar Quran 'atau' mengajarkannya.


Mengikut hadith ini ganjaran (Pahala) adalah umum yakni sama sahaja besarnya sama ada seseorang itu belajar untuk dirinya atau mengajarkannya kepada orang lain. Oleh itu sama besar kelebihan bagi kedua-duanya.


Al Quran adalah asas atau dasar agama Islam dan penjagaan serta penyebarannya adalah bergantung diatas wujudnya keyakinan ini. Dengan ini kelebihan belajar dan mengajar Al Quran adalah diketahui sendiri tanpa berkehendakkan penerangan yang lebih lanjut.


Walaubagaimanapun terdapat darjah-darjah kebaikan yang berlainan. Yang terbaik adalah mempelajari Al Quran bersama makna dan maksud dan yang terendah ialah belajar mengenai perkataan-perkataannya sahaja.


Hadith diatas disokong oleh sebuah hadith lain Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Said ibn Salim R.A,

"Jikalau seseorang yang mendapat ilmu mengenai Al Quran menganggap seseorang lain yang diberi dengan sesuatu yang lain itu lebih bernasib baik daripadanya, dia telah menunjukkan sikap tidak hormatnya kepada rahmat Allah yang diturunkan kepadanya kerana usahanya mempelajari Al Quran."

Dengan ini, teranglah bahawa oleh sebab Al Quran itu adalah perkataan Allah, pembacaan dan pengajaran adalah lebih agung dari segala-galanya.
Dalam Sarah Ihya senarai orang-orang yang diberi lindungan dibawah 'Arash dihari pengadilan yang menggerunkan adalah termasuk orang-orang yang mengajar Quran kepada anak-anak orang Islam dan mereka yang belajar Al Quran pada masa kecilnya dan terus membacanya apabila ianya sudah dewasa.